My Alienn
My Alienn
Selasa, 4 Ogos 2015
Bukit Gasing, Petaling Jaya
Mungkin ini bukan tempat percutian, kerana tiada hotel atau resort di Bukit Gasing. Lebih sesuai dikunjungi pada hujung minggu. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Bukit Gasing bakal menjanjikan satu pengalaman baru bagi sesiapa yang tidak pernah ke sini.
Rupa-rupanya, ramai orang yang mendaki bukit ini untuk menghirup udara segar. Walaupun kecil, cukup untuk warga kota menikmati suasana hutan tanpa ke negeri Pahang. Jangan tidak percaya, di sini juga adawalkway yang cukup untuk membuatkan kita rasa gayat sebentar.
Bila sudah mula jungle trekking, hati kita akan berkata, “Kalaulah aku tahu ada hutan macam ni, dah lama aku pergi”.
Gold Coast Morib Resort, Banting
Tempat percutian menarik di Selangor ini yang terletak di Kuala Langat betul-betul menghadap Selat Melaka. Ia merupakan tempat tumpuan pengunjung terutamanya di hujung minggu dan cuti sekolah. Ia adalah tempat untuk bersantai dan menjauhkan diri dari kesibukan kota.
Resort sebesar 14 ekar ini menawarkan pemandangan paya bakau dan laut yang menarik. Dengan adanya 672 bilik penginapan daripada Studio Suite dengan jakuzi peribadi, sehinggalah ke pangsapuri 2 dan 3 bilik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah Taman Tema Air, Amfiteater, Kolam Renang dan Dewan Bankuet yang boleh memuatkan sehingga 2,000 orang.
Asian Water Sports Village, Puchong
Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang tempat ini yang juga merupakan tempat percutian menarik di Selangor. Ia merupakan satu-satunya Pusat Sukan Air Berlesen di Lembah Klang dan anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmatinya. Ia juga mempunyai pantai persendirian bagi mereka yang inginkan sedikit privasi.
Pakej yang ditawarkan cukup menarik dan ia merangkumi aktiviti seperti akses tanpa had ke Taman Tema Air, sukan air tanpa motor (banana boat bukan jetski), makan malam barbeku, tidur di dalam khemah, bagi ikan makan dan banyak lagi. Mereka turut menawarkan aktiviti team building jika anda mahu untuk syarikat anda.
Air Terjun Kemensah, Ulu Klang
Air terjun ini terletak tidak jauh daripada Zoo Negara. Dan Air Terjun Kemensah ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu bersama alam semulajadi dan ber-barbeku sambil mandi di sungai atau air terjun. Terdapat chalet yang boleh disewa semalaman yang membolehkan seisi keluarga bersantai tanpa perlu jauh daripada bandar.
Selain mandi air terjun dan barbeku, ada juga sukan ekstrem ATV yang boleh dicuba. Tetapi pastikan anda membawa makanan yang lebih kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan di sini. Juga pastikan anda melakukan tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan
Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey
Siapa kata perlu tahu dan mahir main golf jika mahu bercuti dalam resort golf?
Ianya terletak di belah selatan Pelabuhan Klang dan utara bandar Banting. Pulau Carey amat popular untuk makanan lautnya seperti ketam, udang, dan pelbagai jenis ikan. Juga merupakan kawasan penempatan orang asli Mah-Meri yang terkenal dengan tarian, muzik dan topeng muka yang mungkin sedikit mengerikan.
Di resort ini anda boleh menikmati spa dan juga urutan badan yang amat merehatkan badan setelah penat bekerja. Selain daripada kolam renang, barbeku, gymnasium yang biasanya terdapat di mana-mana resort, anda boleh juga cuba aktiviti luar seperti menaiki ATV, kayak, flying fox dan juga memanah. Sehari dua pasti tidak cukup untuk anda cuba kesemuanya.
1. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar
Sebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala Lumpur
Orang bandar tentu dengar bunyi enji kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!
Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.
2. Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey
Orang bandar tentu dengar bunyi enji kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!
Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.
2. Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey
Langgan:
Ulasan (Atom)






